Haa . Ape tengok-tengok?

hit counter

”I vow to love you, and no matter what challenges might carry us apart,
we will always find a way to get back to each other..”

Tidakkah kita terfikir bahawa jerebu merupakan bala dari ALLAH?


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

The Moon at night..


Before effect backlight.


After di backlight kan.
_______________________________________________________________________________


RAKYAT Malaysia seluruhnya – Islam dan bukan Islam - hendak bersabar dan insaf akan ujian dan bala jerebu dari Allah yang melanda beberapa negeri sejak dua tiga hari ini.


Bala tsunami sehari selepas Hari Natal beberapa tahun dulu datang dengan tiba-tiba, mangsa tidak sempat berfikir, dan mangsa yang selamat saja dapat menginsafinya hingga bertahun-tahun. Bala jerebu ini dialami oleh semua memberikan banyak masa kepada manusia mengisafinya.

Secara mudah ia berpunca dari kebakaran besar hutan di Sumatera dan di negara kita sendiri. 

Saya mengaku ia penyebabnya. Tetapi pada keseluruhannya jerebu ini adakah bala Allah kepada orang-orang yang ada di negara ini baik penduduk tetap mahu pun orang-orang yang datang bertandang yang masing-masing lupa kepada Allah.

Ia adalah ingatan dan amaran dari Allah. DitakdirkanNya ada orang Indonesia sengaja atau tidak sengajar menyebabkan terbakar hutannya. Yang anihnya kebakaran itu berlaku di Sumatera.

Malaysia terkepung dari barat dan dari timur. Seolah-olah asapnya mahu memerangkap Malaysia. Walau dari mana saja angin bertiup asapnya akan ke Malaysia juga.

Dalam tahun 1990an sudah berlaku jerebu yang tebal di Malaysia. Almarhum Dato FAdzil Noor dalam satu ceramahnya semasa jerebu itu menyebutkan kisah bumi berasap yang disebut dalam al-Quran. Beliau memberitahu bahawa ia adalah bala dari Allah kerana angkara maksiat dan penderhakaan manusia kepada Tuhannya.

Manusia lupa kepada Allah dan menolak segala yang ditentukan oleh Allah. Maka Allah yang sayang kepada Malaysia kerana di kalangan rakyatnya masih ada ulama yang mahukan peraturan Allah datangkan jerebu sebagai satu ingatan supaya rakyat dan Negara keseluruhannya kembali kepada peraturan Allah.

Allah tidak datangkan gempa bumi atau tsunami seperti di Aceh atau lain-lain bala yang menyebabkan rakyatnya mati bergelempangan. Ia datangkan bala yang tidak mematikan penduduknya serta merta, tetapi jerebu yang boleh mendatangkan penyakit, ia tidak mati segera dan serta merta, tetapi dengan penyakit itu boleh juga menyebabkan akhirnya ramai mati.

Tetapi bala jerebu ini cukup untuk menyedarkan manusia bahawa ia adalah ujian gerangan kemurkaan Allah, maka bagi mereka yang mahu berfikir, mereka sewajarnya insaf dan menerima segala perintah Allah.

Dalam sepanjang sejarah dunia, ingatan bala itu bukan sekadar ditujukan kepada umat Islam, tetapi banyak ditujukan kepada orang yang tidak beriman. Banjir di zaman Nuh, gempa ribut di era Hud dan Saleh, bumi terbalik di zaman Lot dan Firun ditenggelamkan di Laut Merah serta Namrud diserang nyamuk di otaknya adalah balasan kepada orang yang engkar langsung terhadap Allah.

Setiap kali bala ia memusnah orang engkar dan digantikan dengan mereka yang bersyukur. Moga-moga bala jerebu itu datang membawa peringatan. Selepas itu wajarlah penghuni dunia kita ini insaf dan tunduk kepada perintah Allah.
Jadilah masing-masing orang yang bertaqwa. Caranya ialah seperti yang dianjurkan oleh ayat dua surah al-Bakharah yang bermaksud ‘Inilah kitab – al-Quran - tidak syak lagi adalah paduan orang yang taqwa.’

Orang yang taqwa ialah orang yang berpandu kepada al-Quran. Orang yang berpandu kepada al-Quran ialah orang yang taqwa. Yang tidak berpandu kepada Al-Quran sah tidak taqwa dan orang yang tidak taqwa sah tidak mahu berpandu kepada al-Quran.

Jerebu sekarang adalah bala. Sah ia bala. Tetapi apakah kesalahan orang Malaysia?

Tidak mudah untuk menyatakan satu-satu kepada umum apakah keengkaran orang Malaysia seperti yang dilakukan oleh para rasul kepada umatnya. Para rasul adalah senang kerana ia tidak mengiktiraf kepercayaan dari Islam kerana agama yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam.

Malaysia mengiktiraf semua agama. Ini saja sudah tidak sama dengan kemahuan semua rasul. Rasul mengajak semua penduduk supaya menyembah Allah, tinggalkan semua sembahan lain. Rasul-rasul menyeru kepada meenrima agama Allah, tinggalkan agama lain. Dirikan solat, tunai zakat.

Sejak zaman Adam lagi Allah bagi tahu agama Allah dan jalan Allah ialah Islam. Nama Islam itu tidak boleh ditukar seperti ada Islam Arab ada Islam Banggali. Ada Islam putih ada Islam hitam, ada Islam kampung iaitu Badawi atau ada Islam maju iaitu hadhari.

Yang takut kepada Islam saja itu mengapa dan siapa?

Oleh kita semua adalah hamba yang lemah dan tidak sunyi dari dosa, maka banyaklah dosa kita. Apakah dosa kita?

Tidak taat kepada ibu bapa, tidak didik anak-anak dengan pendidikan yang Allah tentukan, berhutang tak bayar, rasuah dan subahat dengan rasuah, tak berjudi tetapi membenarkan judi, tidak makan riba tetapi membiarkan riba, bila Yahudi dan Amerika kata Islam pengganas, maka kita pun kata pengganas juga.

Dosa manusia memang banyak. Selain dari mencuri, mengumpat, minum arak, berzina, makan riba, kerja curi tulang dan sebagainya, tetapi yang paling besar kejahatannya ialah menghalang hamba Allah membuat kerja-kerja Islam. Kalau orang yang menghalang kaki tangan kerajaan menjalankan tugasnya boleh dihukum, maka orang yang menghalang umat membuat kerja-kerja Islam adalah lebih teruk dari menghalang pegawai menjadikan tugasnya.

Ketika rencana ini ditulis, beberapa kawasan Johor dan Melaka sudah layak dikategorikan sebagai sangat tidak sihat. Demikianlah teruknya bala jerebu.

Lazimnya apabila kita berdepan dengan bala maka kita berdoa dan solat hajat minta Allah hapuskan bala yang dihahdapi itu. Apa yang pemimpin wajar lakukan ialah mengajak umat sekalian menyatukan hati kembali kepada cara agama Islam supaya Allah mengkabulkan doa kita dalam kes jerebu ini, maka moga-moga segera berakhirlah jerebu.

Yang kita boleh ajak adalah orang kita saja yang seaqidah dengan kita. Kita tidak mewakili kepercayaan orang lain dan kita tidak boleh anjur atau suruh orang lain buat itu dan buat ini. Allah benarkan kita bercakap tentang agama kita saja. Yang ada solat hajat hanya kita. Yang nazarnya diterima hanya kita. Maka kita buat apa yang kita nak buat.

Lain-lain kepercayaan adalah urusannya. Kita tidak boleh 

campur dan kita tidak buat apa-apa. Kita dengan agama kita, maka kita mintalah apa saja. Apabila Allah kabulkan doa dan solat hajat kita, maka semua orang akan dapat nikmat dari amal ibadat kita, maka moga-moga orang akan terima kepercayaan kita.


Tetapi sekadar berdoa dan solat hajat saja tidak cukup. Selain dari doa dan solat hajat, yang lebih penting ialah kembali kepada cara hidup Islam. Sekadar solat hajat, tetapi lepas itu lupa juga kepada Allah, maka jerebu itu tidak memberi apa-apa ingatan.

Diolah dari tulisan Pak Subky Latif pada 12 Augustus 2005.

p/s : Jerebu juga merupakan antara tanda-tanda kiamat. Boleh rujuk surah  44 ad-dukhan .

belog hehangat!