Haa . Ape tengok-tengok?

hit counter

”I vow to love you, and no matter what challenges might carry us apart,
we will always find a way to get back to each other..”

Apa alasan nak bagi....?


Firstly aku nak cakap. hari ni exam PSI and Alhamdulillah.. tak sia2 bangun 4 pagi study benda alah ni. itulah aku malas nak belajar waktu malam, main internet je. Hishhh ape nak jadi ni? banyangkan 15 topik yang masuk , aku hafal dalam masa 2 jam. tengok tu, kul 7 dah kene g skola. nak mandi? nak bwekfesh? nak make up? haaaaa paling tak boleh tinggal.... Nak solat lagi? itulah paling utama! walaupun mandi orang cakap paling utama, kalau tak mandi, badan bau uchuk, muchup , muchuks eh banyak dia punya adik beradik cuk daaa.. 

Aku nak jugak sekali tengok kalau kawan-kawan atau sesiapa je bila keluar hangout cakap camni, eh dah azan.. gerak surau jom? ni tak, dengar je azan.. '' karok jom!! '' wah dia pun sama saing dengan azan? tak pun kalau nak lagi enjoy, main game kat kedai main game. main pistol-pistol, main joget joget ada lagu. hmm banyak sangat hiburan. Malas nak bagitahu korang. survey ah sendiri hehehe korang sendiri pernah g kan. hehe

bak kata sorang member aku ni :

'' Sangat sedih bile orang ambil ringan je dengan SOlat ni. Tak rasa berdosa pun tinggalkan solat..ALLAH.. Hukum solat tu WAJIB tau.. main internet kategori WAJIB ke?? "Ala lek r, aku tgh pujuk awek aku ni...Klu tinggal jap nnt die merajuk 5tahun ngan aku" hahaha..nak lempang pakwe die ke nk lempang awek die? Kan lebih best kalau awak tu solat dlu.. ajak awek tu same2 solat, moge hatinya lembut skit pastu dh xmrajuk dah ke.." Dah la kapel..Salah..xsolat plak..Lagilaa salah... Ape da contoh aku bg ni rase nak makan eskrem asamboi je...hahaa ''

Kalau kite tinggalkan solat, bukan dapat seksaan kat akhirat je! dekat dunia, ketika sakaratul maut, dkat kubur last skali kat akhirat.



SEKSAAN KETIKA HIDUP DI DUNIA
1. Allah swt. mengurangkan keberkatan umurnya
2. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah swt.
3. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam
4. Hilang cahaya soleh dari wajahnya
5. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala


SEKSAAN KETIKA SAKHARATUL MAUT
1. Ia akan menghadapi sakharatul maut dalam keadaan hina
2. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan
3. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum
air sebayak tujuh lautan


SEKSAAN KETIKA DALAM KUBUR
1. Allah swt. akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya
2. Kuburnya akan digelapkan
3. Allah swt. akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat


SEKSAAN KETIKA BERADA DI AKHIRAT
1. Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mashyar oleh Malaikat
2. Allah swt. tidak akan memandangnya dengan pandangan belas
kasihan
3. Allah swt. tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa
dengan keras di dalam neraka

dan byk lg sbnrnye..

Ulama berpesan untuk kite jadikan renungan iaitu sesiapa meninggalkan solat Maghrib, dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! 
Jadi ape beza sumbang mahram dengan meninggalkan solat maghrib?? Kalau kite tbce psl berita sumbang mahram mesti kite akn kate ISK ISK TERUKNYE la ape bagaila...Abes klu kte tertgglkan solat maghrb sbb layan drama kat TV tu..? Isk isk teruknye kite ni kan...


p/s : Marilah kita bersama2 mengambil peluang bagi menambahkan ilmu agar diri kita semakin bertaqwa kepada Allah SWT. Minta maaf kalau sy ade tersalah maklumat atau tersalah cakap yg menyinggung perasaan kamu. Masih byk lg yg perlu sy baiki..(sedih) Sy bdak bru dan mahu bljr...Moga kte sme2 ambil ikhtibar :-)

belog hehangat!